Jambatan Kedua Pulau Pinang atau dinamakan Jambatan Sultan Abdul Halim Muadzam Shah merupakan sebuah jambatan tol jalan raya kembar yang baru di Pulau Pinang. Ia juga merupakan Lebuhraya E28. Ia telah siap dibina pada
Februari 2014. Ia menghubungkan Batu Kawan di tanah besar Seberang Perai dan Batu Maung di pulau, Pulau Pinang. Jambatan ini merupakan jambatan kedua
yang
menghubungkan tanah besar selepas Jambatan Pulau Pinang.
Jambatan
ini telah mengguna kos sebanyak RM 4.5 bilion. Jambatan
ini terdapat empat lorong dengan dua lorong motorsikal. Panjang jambatan ini
ialah 24 km. Jambatan ini merupakan jambatan terpanjang di Malaysia dan Asia
Tenggara. 17 km daripada jambatan ini merntasi Selat Selatan, selat yang
menghubungkan Pulau Pinang dan Seberang Perai. 1.5 km berada di kawasan Batu
Maung, manakala 6 km berada di kawasan Batu Kawan.
China Harbour Engineering Co Ltd (CHEC) merupakan
pembina bagi jambatan ini. Pada awalnya, jambatan ini dijangka memulakan
kerja-kerja pembinaan pada November 2007 dan dijangka siap pada 2012, namun ia
hanya bermula pada November 2008 dan siap pada Februari 2014. Jambatan ini dibina dengan pinjaman
besar daripada kerajaan Republik Rakyat China. Ia telah dirasmikan
oleh Perdana Menteri Malaysia yang keenam Datuk Seri Mohd Najib bin Abdul Razak pada 1 Mac 2014 dan dinamakan
bersempena Yang di-Pertuan Agong ke-14 Sultan Abdul Halim Muadzam Shah. Jambatan
Kedua Pulau Pinang juga mempunyai kompleks tol bersepadu yang pertama di
Malaysia dan yang terbesar dengan mempunyai 28 lorong.
Akhirnya, saya berasa bangga dengan Jambatan
Sultan Abdul Halim Muadzam Shah . Saya berharap jambatan ini dapat memanfaatkan
semua warga Malaysia malah meningkatkan nama baik Malaysia pada peringkat
antarabangsa.
Gambar ini menunjukkan kecantikan Jambatan Kedua Penang pada waktu malam. Kecantikan ini tentu tidak dapat dilupai oleh orang ramai yang pernah mengunjungnya selama-lamanya.
Gambar ini menunjukkan orang ramai yang suka berhenti
di atas Jambatan Kedua Penang. Orang ramai
dinasihati agar tidak memberhentikan kenderaan di atas jambatan ini atas faktor
keselamatan.
Gambar ini pula
menunjukkan kemalangan yang pertama yang berlaku di atas
Jambatan Kedua Penang. Kemalangan berkenaan menyebabkan
lalu lintas menjadi sesak sehingga 10 kilometer.


